Monday, October 17, 2016

Azmin pilih PH, bersedia putuskan hubungan dengan PAS?

 AIDCNEWS
AIDCNews -17/10/16 –Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Parti Amanah Negara (PAN) kerana berjaya bertapak sebagai sebuah parti politik sebagai politik matang di negara ini walaupun usianya baharu setahun.

“Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.

“Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN,”kata Azmin dalam program Ceramah Mega Setahun Amanah di Shah Alam semalam anjuran PAN dengan kerjasama PKR, PPBM dan DAP.

Turut hadir dalam program itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu dan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau bersedia menolak sesiapa sahaja yang dilihat berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.

“Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.

“Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,”katanya lagi.

Kenyataan Azmin di atas merupakan kenyataan paling keras setelah lama berdiam diri di mana sebelum ini memperlihatkan dirinya sebagai pro kepada PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-