Saturday, October 8, 2016

Dr M: Usaha sikit saja lagi, tiga k'jaan negeri BN boleh tumbang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha sedikit sahaja lagi, tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.

Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka ia akan berkembang dan yang lain-lain akan menirunya.

Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, dua kerajaan negeri BN itu akan tumbang.

"Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.

BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyatnya melompat menyertai pembangkang.

Di Johor, Mahathir berkata, jika 10 lagi ADUN Umno mengikuti jejak Shahruddin, maka kerajaan BN di kubu tradisional Umno itu, akan tumbang.

"Kami akan jadi kerajaan di Johor," kata Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-