Friday, October 14, 2016

Jangan salahkan kerajaan saja - Zahid

 Send by Email
Riyadh – Semua pihak diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan semata-mata ketika negara berdepan pelbagai cabaran termasuk kelembapan ekonomi, tegas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya meneliti dan mengkaji dari pelbagai aspek sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Menurutnya, banyak kali berlaku,kerajaan dipersalahkan bulat-bulat apabila timbul isu membabitkan kebajikan rakyat termasuk peningkatan kos sara hidup meskipun perkara itu di luar bidang kawalan pemimpin negara.

“Negara-negara pengeluar minyak yang kaya di rantau ini juga tidak terlepas daripada keadaan sedemikian.

“Saya ingin beritahu, jangan hanya salahkan kerajaan kerana ia bukan berlaku di Malaysia (sahaja) tapi di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam bersama kira-kira 300 rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin serta isteri, Datin Fatimahwati Abdul Rahman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi selama lima hari sehingga Ahad ini.

Beliau menambah, sikap pihak terbabit yang menuding jari kepada kerajaan tanpa penilaian berdasarkan pemikiran analitikal dan membuat analisis terlebih dahulu merupakan satu pandangan yang berat sebelah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-