Wednesday, October 12, 2016

Mahkamah Persekutuan dengar semakan keputusan liwat 2

Hafiz Yatim
Semua mata kini tertumpu terhadap keputusan lima panel hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berhubung permohonan semakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat 2.

Ia adalah satu tahun lapan bulan sejak Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 68.

Jarang sekali berlaku apabila Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Hakim Arifin, yang menulis keputusan sebulat suara, telah terkhilaf dalam membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Jika panel baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan Ketua Umum PKR itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14, yang dijangka akan diadakan pada tahun depan.

Atau ia juga boleh mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang sedia ada pada Anwar, kerana pihak pendakwaan tidak memfailkan semakan semula hukuman itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-