Sunday, October 16, 2016

Rakyat tidak yakin pembangkang - Mukhriz

Rakyat masih ragui pakatan pembangkang 
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

CHANGLUN: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengakui pakatan pembangkang belum mampu meyakinkan rakyat bagi membentuk kerajaan.

Beliau berkata, pakatan pembangkang menghadapi kekangan dalam menarik sokongan rakyat untuk menerima pembangkang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO.

“Saya belum nampak lagi tapi bagi meyakinkan rakyat, kita perlu bersatu dan menonjolkan tokoh yang mampu menerajui kerajaan, bukannya hanya bercakap celupar seperti beberapa individu dalam kerajaan.

“Individu yang celupar dalam kerajaan tidak layak memegang jawatan kerana kenyataan tidak masuk akal,” katanya pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2016 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan Naib Presiden DAP Kebangsaan, Prof Dr Ariffin SM Omar.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-