Sunday, November 13, 2016

DAP dominan di DUN Selangor : Tolak usul Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam

 AIDCNEWS
MalaysiaGazette – Jelas dan nyata, DAP Selangor lebih berkuasa dan seolah memiliki kuasa veto dalam membuat keputusan sama ada menolak atau menerima sesuatu usul atau pindaan dasar dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Ini berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Khamis lalu, apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mendesak dewan menolak usul pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam daripada Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Bayangkan, seorang wakil rakyat bukan beragama Islam membantah cadangan itu, dan peliknya, tidak dibantah walau seorang pun ADUN beragama Islam dari PH, menyebabkan usul berkenaan ditolak Speaker DUN.

Campur tangan bukan Islam berkaitan hal ehwal Islam bukan baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Sebelum ini, umum tahu apa yang berlaku kepada bekas pemimpin yang juga mantan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Ali.

Beliau dipecat dari parti dan pada masa sama digugurkan memegang jawatan anggota Exco oleh kerajaan negeri yang ketika itu menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hasan dikenakan tindakan itu kerana membangkitkan isu penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam.

Berikutan teguran itu, beberapa pemimpin DAP Selangor dan pusat melenting dengan tindakan Hasan membangkitkan isu arak.

Serentak itu juga Pas memecat keahliannya berkuatkuasa serta merta dan Hasan tidak lagi dicalonkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Betapa hebatnya suara DAP. Semua rakan gabungannya ketika itu iaitu PKR dan Pas kecut perut sehingga sanggup kehilangan pemimpin berwibawa dan berilmu seperti Hasan, hanya semata-mata mahu mengambil hati rakan bukan Islam.

Inilah yang berlaku kepada BN selaku pembangkang di Selangor.

Mereka tidak boleh mengemukakan sebarang cadangan untuk menambahbaik hal ehwal agama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana dikawal sepenuhnya oleh parti chauvinis.

Di mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali?

Di mana ADUN-ADUN Pas dan anggota-anggota Exco beragama Islam yang lain?

Kenapa dibiarkan wakil rakyat dari DAP yang menolak usul pindaan itu?

Sedangkan, ia untuk memantapkan pentadbiran kerajaan berlandaskan al-Quran dan Hadis.

“Siapa wakil rakyat ini untuk menyibuk hal ehwal Islam? Adakah ADUN DAP ini orang Islam?,” tegur Sulaiman dengan nada tidak puas hati.

Beliau turut membidas campur tangan wakil rakyat DAP berkaitan cadangan untuk membahaskan pindaan enakmen berkenaan.

Sambil menyifatkan wakil rakyat DAP itu biadab, Sulaiman berkata, ia tidak patut keluar dari mulur orang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-