Monday, November 7, 2016

DAP perkudakan pemimpin Melayu dalam parti pembangkang, kata Umno

KUALA LUMPUR, – Parti-parti pembangkang hanya akan menjadi boneka DAP sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, PKR dan PAN hari ini jelas telah diperkudakan DAP dalam diam bagi mencapai cita-cita untuk melihat kerajaan tumbang.

“DAP sedang merencana parti untuk mereka mengepalai (parti-parti pembangkang). Ketua Pembangkang mungkin diambil di kalangan parti lain tetapi DAP akan kawal daripada belakang termasuk kerajaan negeri Selangor yang tidak boleh bertindak dengan cara yang menyakitkan hati DAP.

“Walapun PAS ada dalam kerajaan (negeri) namun PAS tidak releven sebab PAS tidak boleh bersuara menentang DAP,” katanya dipetik sebuah portal hari ini.

Perkara yang sama dinyatakan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar apabila menganggap DAP telah berjaya meresapi parti-parti pembangkang lain dengan mengetengahkan agenda peribadi.

Katanya, DAP telah mengapi-apikan isu perkauman dalam politik.

“DAP telahpun berjaya memecahbelahkan orang Melayu dan memperkudakan pemimpin Melayu (dalam pembangkang) kerana perjuangan DAP iaitu kesamarataan dan akan terus tidak berpuas hati dengan apa juga peruntukan dalam Perlembangaan Persekutuan.

“Terutamanya mengenai hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan klausa tertentu khususnya di Selangor yang memberikan keutamaan kepada orang Melayu,” katanya dalam sidang media berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-