Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, November 25, 2016

MIC tutup pintu bincang RUU355

NASIONAL DI KUALA LUMPUR
MIC mengekalkan pendirian parti itu untuk membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia meskipun, Ahli Parlimen (Pas-Marang), Datuk Seri Hadi Awang membentangkan kali pertama Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 di Parlimen hari ini.

Bantahan itu telah dinyatakan kepada Pengerusi Barisan Nasional dan akan terus berbuat demikian dalam semua perbincangan mengenai perkara ini pada masa depan.

Dalam mempertahankan bantahan itu, MIC dalam kenyataannya berkata, sistem undang-undang sedia ada dikuatkuasakan dengan baik dan telah menyediakan satu rangka kerja undang-undang dan peraturan yang telah membangunkan negara ini sehingga status hari ini.

MIC amat bimbang sebarang percubaan untuk mempunyai sistem undang-undang selari dengan bidang kuasa sedia ada akan mewujudkan pertindihan yang akan membawa kepada kekeliruan dan keharmonian, kata parti itu.

"Nenek moyang telah mengasaskan negara ini berdasarkan pada Perlembagaan diwujudkan dengan pemikiran mendalam terhadap sejarah dan asas sosial negara ini. Lantaran itus sebarang cadangan yang bertentangan dengan Perlembagaan perlu ditolak," kata MIC dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut, MIC menyebut undang-undang Syariah jelas ditakrifkan sebagai undang-undang negeri, khusus melibatkan hal ehwal agama dan keluarga Muslim.

Bagaimanapun, katanya, Pas yang memimpin Kelantan telah meluluskan Enakmen Islam Kelantan, merangkumi semua unsur-unsur bentuk Hudud daripada hukuman dan hukuman berkaitan perkara-perkara yang diperuntukkan mengikut Kanun Prosedur Jenayah

Walaupun ramai yang menganggap ia tidak mengikut Perlembagaan namun sehingga kini tiada sesiapa yang berjaya mencabar kesahihannya, ujar MIC.

- MalaysiaGazette