Saturday, November 26, 2016

Najib kata keputusan luluskan Sosma, MKN satu tindakan betul

KUALA LUMPUR, 26 Safar 1438H, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusannya meluluskan akta keselamatan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) Sosma dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan suatu tindakan yang betul.

“Biar saya jelaskan, saya tidak akan meminta maaf kerana menjadikan keselamatan semua rakyat Malaysia keutamaan pertama saya,” katanya dalam ucap tama beliau di Wacana Belia Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Akta-akta itu katanya, merupakan undang-undang yang diluluskan kerajaan untuk menghalang kumpulan militan IS.

Malah, beliau berkata, beberapa negara lain tergesa-gesa meluluskan undang-undang baru apabila ancaman IS berkembang.

“Kami telah berbuat demikian (meluluskan undang-undang) agar percubaan mengebom, mencacatkan anggota dan memenggal kepala tidak mengatasi hak-hak majoriti yang tegas menolak keganasan dan peperangan,” kata Najib.

Sosma kini mendapat perhatian lagi dengan penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah akta itu, yang membolehkan beliau ditahan sehingga 28 hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-