Wednesday, November 9, 2016

PAS enggan hadir Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini

AIDCNEWS :  
KUALA LUMPUR: PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada akhbar Sin Chew Jit Poh.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.

Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin PPBM turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.

Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan PPBM bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput PAS dan PPBM.

Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, PAS memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.

“PAS tiada sebarang masalah mengenai isu ‘satu lawan satu’ ini. Namun, PAS perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi,” kata Timbalan Presiden PAS itu. 

 – AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-