Tuesday, November 29, 2016

PAU2016: Keikhlasan & Kesetiaan Pada UMNO Kunci Kemenangan Dalam PRU14

PERWAKILAN dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU 2016) yang bermula hari ini, perlu kembali menghayati dan menerapkan soal keikhlasan dan kesetiaan perjuangan kepada parti, terutama dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.

Bunyi macam retoriklah sikit tapi hakikatnya itu antara yang terpenting. Soal ini penting untuk setiap perwakilan kerana mereka mewakili ahli akar umbi yang lebih besar jumlahnya di setiap peringkat.

Kebelakangan ini, soal itu (keikhlasan dan kesetiaan) seakan sudah dilupakan. Ada anggota parti (bila bertindak di dalam parti) hanya mula melihat untung rugi diri sendiri semata-mata tanpa memikirkan di masa depan parti nak jadi apa. Kalau dia mengkritik, apa untung apa dia, kalau dikenakan tindakan, apa yang dia rugi.

Wah, dia saja semuanya ke, kepentingan partinya mana?

Rasanya tak perlulah dijelaskan bahawa, tanpa saf kepimpinan dan ahli-ahli akar umbi yang setia kepada perjuangan parti, UMNO tidak akan kekal relevan sehingga hari ini. Maka itu, mengkritik kepimpinan dan ahli-ahli parti, tidak boleh lari dari mengkritik parti sebab itu apa juga kritikan perlulah mengambil kira kepentingan parti, masa ini dan masa akan datang.

Masalahnya, bila berada dipersimpangan ini, ada yang keliru (atau sengaja buat keliru). Pada kelompok yang berkenaan, mengkritik parti tidak semestinya mengkritik kepimpinan sehingga ada yang tidak dapat membezakan kritikan untuk membina dengan kritikan untuk menjatuhkan parti.

Lebih teruk keadaannya bila fitnah mengambil tempat di tengah-tengah.

Sudah tentu, dengan lebih 3 juta ahli, proses menentukan apa yang baik untuk UMNO, perlulah diserahkan kepada saluran-saluran yang telah ditentukan parti. Dalam hal ini, perlembagaan parti dan kepimpinan yang dilantik perlulah dibenar memainkan peranan. Apa yang telah diputuskan, perlulah diterima dengan hati yang terbuka.

Itulah maksud kesetiaan dan kejujuran terhadap perjuangan parti yang sebenarnya. Kalau ini dapat diterapkan dikalangan semua ahli UMNO setiap peringkat, Insya Allah, UMNO bersama-sama parti komponen BN yang lain akan beroleh kejayaan dalam PRU14 yang akan datang.

Kepada semua perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016 dari seluruh negara, penulis mengucapkan selamat bersidang, semoga kesudahannya nanti akan memberi kebaikan kepada kita semua dan mendapat keberkatan dari Allah swt, amin.

Hidup UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-