Monday, November 14, 2016

Satu logo: Perjuangan Pakatan Harapan perlu sehaluan

NINA FARZUIN MD SHAROM
14 NOVEMBER 2016
SHAH ALAM – Pakatan Harapan memerlukan matlamat yang jauh lebih besar untuk merealisasikan hasrat bertanding di bawah satu logo dan satu manifesto dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, parti-parti komponen dalam gabungan itu harus berprinsip kepada perjuangan yang sama dan bukannya sepakat untuk menumbangkan BN semata-mata.

“Setiap parti boleh menyertai mana-mana gabungan sekiranya masing-masing memiliki matlamat dan hala tuju perjuangan yang sama.

“Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterima dalam Pakatan Harapan, ia juga harus memiliki prinsip yang sama dengan parti-parti komponen yang lain dan bukannya bersama semata-mata untuk menumbangkan BN.

"Malah mereka juga harus mempunyai matlamat yang jauh lebih besar, jika mahu meyakinkan masyarakat secara umum,” katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Konvensyen Pakatan Harapan berkata, kunci kejayaan parti pembangkang adalah penyatuan semua parti dan Pakatan Harapan harus bertanding di bawah satu logo dan satu manifesto seperti BN untuk menang pada PRU akan datang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sebahagian Pakatan Harapan]

Beliau berkata, jika persefahaman dan hala tuju perjuangan Pakatan Harapan sehala, maka ia akan memberi kesan untuk melahirkan ‘satu lawan satu’ dalam PRU akan datang.

“Penggunaan satu logo seperti itu bukanlah perkara baharu. Sebelum ini pun ia pernah cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat tetapi gagal dan barangkali usaha itu mahu dilakukan sekali lagi.

“Bagaimanapun ia juga bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sama ada boleh membenarkan atau tidak perkara itu kerana ia harus memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-