Saturday, November 5, 2016

Tunjuk perasaan bantah Ahok: seorang disahkan terbunuh

SEORANG pemuda Indonesia melontar batu ke arah anggota polis berhampiran istana Presiden ketika beberapa trak dibakar bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menghina al-Quran. -AFP

JAKARTA 5 Nov. - Sekurang-kurangnya seorang disahkan terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan di tengah-tengah kota ini bagi membantah tindakan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’ yang didakwa menghina al-Quran.

Tunjuk perasaan yang bermula dengan perarakan menuju ke istana Presiden itu bagaimanapun bertukar menjadi tegang dan ganas hingga gas pemedih mata terpaksa dilepaskan untuk meleraikan kira-kira 50,000 peserta.
Menurut jurucakap polis, Awi Setiyono, identiti mangsa yang dipercayai terbunuh itu bagaimanapun masih belum diketahui setakat ini. 

-DPA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-