Sunday, November 27, 2016

Zahid mahu Umno 'walking tall' depani masalah

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno harus belajar ilmu komunikasi untuk mendepani ahlinya bagi menjelaskan soal integriti dan penyelewengan dalam parti.

Ia kerana, kata timbalan perdana menteri itu, orang ramai di peringkat akar umbi melihat Umno mempunyai masalah walaupun parti Melayu itu telah memberikan penjelasan.
“Umno harus belajar daripada kelemahan komunikasinya dan walaupun saya bukan pakar, tetapi kita harus mencari pendekatan yang berbeza. Kalau kita membiarkan business as usual inilah yang jadi.

“Maka kalau kita mengizinkan kita dipijak-pijak dan dimomokkan maka seolah-olah kita merelakan kemenangan itu kepada orang lain dan kita harus lebih bangun, walking tall dalam mendepani segala permasalahan,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.

Zahid berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar itu menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu depan.

Beliau ditanya mengenai pandangan ahli di peringkat akar umbi yang melihat Umno dan BN mempunyai masalah integriti serta penyelewengan.

Walaupun penjelasan telah dilakukan namun ia masih belum dapat mempengaruhi rakyat untuk kembali kepada parti Melayu itu.

Kata Zahid, pada mana-mana organisasi politik masalah persepsi berkaitan penyelewengan memang wujud.

Beliau turut mengaitkan parti pembangkang yang turut terlibat dalam ‘penyelewengan’.

“Bagaimana seorang anak muda berusia 28 tahun yang telah memperolehi Datuk, yang telah membeli rumah mewah, itu bukan penyelewengan?

“Bagaimana seorang ketua menteri yang belum sampai dua penggal membeli rumah banglo mewah di bawah pasaran - adakah itu bukan penyelewengan?

“Bagaimana pula dengan negeri yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi belum dapat menyelesaikan masalah air keruh kepada kepada rakyatnya?” soal Zahid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-