Tuesday, December 13, 2016

Acara mega PAS: Wan Azizah tidak hadir, hantar ahli majlis pimpinan

Faiz Zainudin

Presiden PKR menghantar Sivarasa Rasiah sebagai wakilnya ke ceramah mega PAS, yang berhasrat menubuhkan perikatan baharu di Selangor
PAYA JARAS: Acara mega PAS di Paya Jaras malam tadi menyaksikan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkongsi pentas.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir malam tadi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman.

“Memang Kak Wan (Wan Azizah) nak datang, tapi dia hantar wakil dan dakwaan kononnya wujud sabotaj tidak benar sama sekali,” kata Khairuddin kepada lebih 1,000 hadirin di Ceramah Mega Rakyat Paya Jaras.

Sivarasa merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ahli Parlimen Subang.

Kehadiran pimpinan tertinggi PKR dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam ceramah mega antara langkah mewujudkan perikatan politik baharu.

“Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Khairuddin mengesahkan rancangan itu. PAS tidak menjemput DAP dan Amanah ke acara malam tadi.

Sementara itu, Sivarasa dalam ucapannya berkata kehadiran ahli politik PAS, PKR, PPBM dan Ikatan di atas satu pentas bukan pertama kali dilakukan.

“Ceramah sebegini melibatkan ketiga parti ini sudah berlaku di Kuala Langat, cuma malam ini nampak lain sedikit sebab ia dihadiri pimpinan tertinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-