Sunday, December 11, 2016

Ada sebab kenapa Sultan Kelantan tak jemput Tun M - Zein

 KUALA LUMPUR
Zein Isma
Ada sebab kenapa bakal Yang Dipertuan Agong tidak menjemput Tun Mahathir Mohamad.

Lagi pun, ia hak Tengku Muhammad Faris Petra yang menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad V.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, baginda memang dikenali sebagai seorang sultan yang zuhud tetapi tegas.

"Semasa baginda menaiki takhta, ada beberapa individu berusaha campur tangan dalam menggugat takhta baginda.

"Sebagai contoh, pada perkiraan baginda, baginda mempunyai hak yang tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak untuk menderhaka pada perintah baginda apabila baginda Sultan Kelantan melucutkan darjah kebesaran dimana pada pandangan baginda atas sebab sebab tertentu seperti bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Hashim Wan Daud, bekas ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, kerabat Istana Kelantan, Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zein, Sultan Muhammad V juga pernah menolak perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa daripada menjadi Exco Kelantan dibawah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

"Melalui tindakan tegas dan sifat peribadi yang zuhud dimiliki oleh baginda, ianya menunjukkan baginda adalah sultan yang mempunyai pandangan dan prinsip tersendiri.

"Setiap keputusan yang diambil adalah diatas sebab yang difikir paling terbaik," ujarnya.

Sepertimana dalam isu penarikan atau pembatalan jemputan untuk menghadiri Istiadat Melafaz Dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan bagi Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Yang Baru keatas diri Mahathir juga tidak perlu dijadikan isu, kata Zein.

"Sultan Muhammad V mempunyai sebab tersendiri dalam menilai siapa yang berhak untuk hadir dalam istiadat bersejarah tersebut. Tindakan pada awalnya dilihat kontroversi akan tetapi akhirnya terzahir hikmah

"Apabila Husam tidak diperkenan oleh Sultan Muhammad V untuk dilantik menjadi exco dibawah MB Kelantan baru, ramai yang terkejut dan musykil kerana sebagai exco paling kanan. Adalah sesuatu yang pelik kenapa Husam tidak dilantik semula ke jawatan Exco Kelantan.

"Tiada seorang pun mempunyai jawapan tepat kenapa pada perkiraan Sultan Kelantan, Husam tidak lagi diperlukan untuk membantu MB Kelantan dalam memerintah negeri Kelantan. Hanya Sultan Muhammad V mempunyai jawapannya," katanya.

Menurut Zein, walau apa pun disebalik keputusan Sultan Muhammad V untuk tidak memperkenankan Husam dilantik semula ke jawatan exco Kelantan ada hikmah besar yang sudah terbukti pada hari ini.

"Beberapa ketika selepas itu, rakyat dapat melihat bagaimana akhlak Husam yang semakin jauh daripada didikan parti Pas dan arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat," kata Zein sambil menganggap tindakan baginda itu tepat.

Kali ini, katanya, masyarakat mungkin tidak tahu lagi kenapa Mahathir tidak dijemput.

"Tapi apa yang pasti, Allah telah menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan berkenaan YB Salor adalah tepat untuk kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Tun Mahathir pula? Wa Allahua'lam," kata Zein.

--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-