Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Monday, December 5, 2016

Apa masalahnya jika Melayu bersatu atas nama Islam?

KUALA LUMPUR: Usaha penyatuan masyarakat Melayu dan Islam kini mendapat tentangan hebat dan turut dikecam - usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984.

Blogger Seademon berkata, masyarakat bukan Islam turut menyifatkan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib terhadap usul persendirian Datuk Seri Hadi Awang itu sebagai, tidak berpelembagaan.

"Nampaknya tiada apa yang baik boleh dilakukan oleh orang Melayu, dan apa jua tindakan untuk mengukuhkan Islam di negara ini dianggap orang bukan Islam sebagai, tidak berpelembagaan atau dibuat tanpa berbincang dengan masyarakat bukan Islam.

"Sejak bila Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan memerlukan hal ehwal sesebuah agama perlu mendapat persutujuan agama lain? Mengapa bangsa lain tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?" soalnya menerusi artikel bertajuk 'And What If The Malays Unite?'.

Ujarnya, masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sudah ditindas oleh pihak komunis sepertimana yang berlaku di Kampung Bekor, dalam daerah Manong, Perak pada 1947 menyaksikan pertumpahan darah umat Islam.
"Dan anda mahu menyalahkan Melayu kerana cuba untuk bersatu?" soalnya lagi.

Katanya, MCA sebagai rakan komponen Barisan Nasional (BN) juga gagal menjalankan tugas untuk memahami usul pindaan Hadi Awang yang dikenali sebagai RUU 355, apatah lagi cuba untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam mengenai usul berkenaan.

"Jika anda melewati akaun twitter MCA antara 21 Oktober 2016 sehingga yang terkini, tiada usaha untuk menyampaikan mesej tepat kepada rakyat. Kebanyakan mengenai RUU 355 adalah negatif.

"Setiap hari, samaada di Facebook, Twitter atau di komen artikel berita atas talian, anda akan lihat kerap kali masyarakat bukan Islam menghentam setiap usaha kerajaan untuk membina kehidupan lebih baik," katanya.

Ujarnya lagi, penentangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai terhadap RUU 355 juga berpunca daripada Pengerusi Biro Kehormonian Agama MCA, Ti Lian Ker gagal menasihati pemimpin parti berkenaan.

".. walaupun selepas dijelaskan oleh Presiden UMNO Najib Razak sewaktu ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini," tegasnya lagi.

- Malaysian Digest