Friday, December 2, 2016

DAP bantah RUU355, tapi guna Exco Melayu umum lulus RUU Ternak Babi

 AIDCNEWS
AIDCNews1/12/16 – Walaupun DAP membantah Pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965, namun dalam masa sama mengunakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbangsa Melayu membuat pengumuman berkaitan kelulusan RUU Perternakan Babi 2016.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mengumumkan bahawa persidangan DUN negeri telah meluluskan RUU Perternakan Babi 2016.

“Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi,” katanya pada persidangan DUN Pulau Pinang pada Jumaat.

Dr Afif merupakan ADUN PKR ADUN Seberang Jaya.
Menurut penangkini.com, kawasan perternakan babi yang diluluskan itu adalah kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam.

“Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

“Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

“Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?,”dedahnya.

Menurut portal itu terdapat konspirasi DAP dan PKR berkaitan dengan isu RUU Perternakan Babi dan RUU 355.

“Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.

“Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

“Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

“Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.

“Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang,”ulas portal itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-