Monday, December 12, 2016

DAP: Pakatan baharu PAS pecahkan sokongan Melayu pembangkang

Predeep Nambiar

Parti Islam mahu pecahkan sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan dengan mewujudkan blok pembangkang baharu tanpa DAP dan Amanah
GEORGE TOWN: Usaha PAS mewujudkan pakatan pembangkang baharu di Selangor cubaan untuk memecahkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan, kata DAP hari ini.

Kenyataan itu reaksi kepada jemputan PAS kepada semua parti pembangkang yang bersekutu dengannya, kecuali DAP dan Amanah, ke satu ceramah mega malam ini.

Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy percaya blok baharu itu diadakan atas permintaan Umno.

“PAS cuba memecahkan orang Melayu. Parti Islam itu buat begitu sebab banyak makan ‘dedak’ Umno.

“Saya harap PKR, PPBM dan yang lain tak termakan umpan perangkap itu.

“Jika kamu masih mahu bekerjasama dengan PAS selepas apa yang berlaku, saya rasa kita mengalami masalah yang besar,” kata Ramasamy kepada FMT.

PAS akan mengadakan ceramah di Paya Jaras, Selangor malam ini dengan penampilan daripada pimpinan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai speaker.

Pengecualian DAP dan Amanah disengajakan. Menurut Adun Selangor, Khairuddin Othman, kedua parti itu tidak dialukan kerana mereka bukan sekutu PAS.

Di Dewan Negeri Selangor terdapat 13 ahli PAS dalam blok pemerintah, apabila 2 bekas ahli melompat ke Amanah. Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah memegang majoriti mudah 29 kerusi.

Isu hudud dikatakan puncah DAP berpisah dengan PAS, sementara Amanah ditubuhkan oleh bekas ahli parti Islam itu. PAS menganggap mereka sebagai pengkhianat.

Sementara itu, Ramasamy berkata hanya satu perikatan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan, boleh menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

“Hanya boleh ada 1 blok melawan BN. Tidak wajar ada banyak blok. Saya yakin PKR dan PPBM tidak akan termakan umpan PAS.

“PAS buat kerja kotor Umno, mengikut arahan supaya pisahkan PKR dan PPBM daripada DAP dan Amanah.

“Malah pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat PAS sudah keliru. Saya harap parti lain tidak keliru,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-