Thursday, December 8, 2016

DAP sedang pergunakan Mahathir - PAS

By watan
PAS mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya kini sedang dipergunakan DAP sebagai alat untuk meraih sokongan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Parti itu melihat jalinan politik bekas Perdana Menteri itu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah bersifat hipokrasi.

“Apa yang kita lihat hari ini begitulah keadaannya, DAP hanya mempergunakan (Tun) Dr Mahathir dan PPBM untuk meraih sokongan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui di KOTA BHARU pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hubungan baik bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dan PPBM dengan DAP.

Serentak itu, Ahmad menasihatkan PPBM supaya meninggalkan parti rasis dan cauvinis itu, dan menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Katanya, kerjasama antara PAS dan PPBM adalah lebih baik berbanding terus bersama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

“Yang untungnya adalah mereka (PPBM) meninggalkan DAP dan PAN tetapi bersama dengan kita, itu lebih baik,” katanya.

oleh Haspaizi Mohd Zain

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-