Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, December 3, 2016

Jangan ambil BR1M kalau tak mahu, Najib selar pengkritik

Alyaa Azhar
Terus mempertahankan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada para pengkritiknya bahawa mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengambilnya.

BR1M, ujar presiden Umno itu, tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan 'dedak'.

Penegasan beliau itu dibuat ekoran kritikan berterusan yang mendakwa bantuan kewangan itu digunakan Najib untuk 'membeli' undi.

"BR1M adalah cadangan Bank Negara, bukan cadangan saya. Tetapi kerana saya buat keputusan itu, (yang lain pula mendakwa) ia seolah-olah saya beli undi.

"Ini bukan soal beli undi, saya mahu membantu rakyat yang memerlukan.

"Jika anda tidak mahu BR1M, jangan terima, tiada masalah," tambahnya.

Najib turut mengesahkan BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali pada tahun depan.