Sunday, December 4, 2016

Najib, Hadi sertai himpunan bantah penindasan Rohingya

Anne Muhammad


Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa bagi membantah penindasan terhadap Rohingya.

Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya penuh warna warni itu dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.

Semalam, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Menurut portal berita Rohingya Vision, kira-kira 30 sami melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Mereka memegang sepanduk yang berbunyi: "Kutukan terhadap Perdana Menteri Malaysia, jangan beri tekanan kepada kerajaan Myanmar".

Malaysia tidak secara rasmi mengiktiraf mereka sebagai pelarian dan dasar semasa adalah untuk menghantar mereka kembali selepas konflik di Myanmar selesai.

Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas etnik Rohingya.

Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-