Tuesday, December 20, 2016

Nazri tolak cadangan kerajaan Melayu Umno-Pas

Minderjeet Kaur

Kita kerajaan Malaysia, iaitu dan semua bangsa orang kita, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjawab cadangan Perkasa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.

“Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain.

“Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita.

“Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak,” katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.

Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.

Ibrahim mencadangkan perdana menteri daripada Umno manakala timbalannya daripada PAS.

Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

Beliau sangat kuat merasakan BN akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun dilanda krisis keyakinan, selepas kajian menunjukkan 90% menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazri tidak bersetuju dengan kajian itu.

“Sudah pasti ini kerja pembangkang kerana mereka mahu menjatuhkan beliau.

“Tetapi pembangkang tidak monopoli pandangan dan perasaan rakyat terbanyak.

“Selain jentera BN yang lancar dan populariti wakil rakyatnya, rakyat sememangnya suka Najib.

“Beliau juga salah satu daripada faktor untuk kita menang pilihan raya umum akan datang.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-