Thursday, December 15, 2016

PAS pecah belahkan pembangkang - Khalid

By watan
Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan PAS memainkan peranan melemahkan pembangkang apabila menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, berkata kenyataan itu bukan bersifat balas dendam, sebaliknya ia adalah peranan yang dimainkan PAS.

“Ianya bukan balas dendam tetapi sememangnya itulah peranan yg diberikan untuk dimainkan oleh PAS.

“Sambil semua berusaha menyatukan pembangkang, PAS berusaha memecahkannya,” katanya ketika dihubungi Watan-Online pada Khamis.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan parti itu bersedia untuk bertanding di kerusi tradisi DAP pada PRU-14.

Katanya, parti itu kini sedang menjalankan kajian bagi menilai kesesuaian serta boleh menang parti itu sekiranya bertanding di kerusi tradisi DAP.

Kenyataan itu keluar beberapa hari selepas PAN menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi PAS pada PRU-14 nanti.

oleh Haspaizi Mohd Zain

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-