Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, December 10, 2016

PAS tanding Permatang Pauh PRU depan

PAS Permatang Pauh dilapor mahu bertanding di kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam pilihan raya umum depan.

DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.

"Kami juga berhak meletak calon ketiga DUN dan parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi,” Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Sebelum ini, harian itu melaporkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang yang berminat bertanding di Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat PAS.

Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.

Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.