Saturday, December 3, 2016

'Pembangkang bukan Islam mahu umat Islam terus lakukan dosa'

Alyaa Azhar
Perwakilan Umno mendakwa pembangkang bukan Islam menentang rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) kerana mahu umat Islam untuk terus melakukan dosa.

Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, hukuman ringan yang kini yang dikenakan di bawah akta tersebut adalah antara sebab terjadinya masalah sosial di kalangan belia Melayu.

Memetik perangkaan semasa, beliau yang merupakan ketua Pemuda Umno Setiu berkata, terdapat lebih daripada 153,000 kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah.

"Ahli-ahli pembangkang bukan Islam menolak usaha menaikkan hukuman kerana melihat peluang - mereka melihat orang Melayu harus dibiarkan untuk terus hidup dalam dosa," kata Iskandar.

Ujar beliau, jika rang undang-undang berkenaan diluluskan, umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka bimbang dengan menaikkan hukuman, umat Islam akan dilindungi daripada melakukan kesilapan," tambah beliau.

Iskandar, sebelum itu dalam ucapannya memberi contoh bagaimana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang ahli persendirian.

Ini, jelas Iskandar, menunjukkan kesungguhan dan konsisten Umno dalam memperjuangkan Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-