Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perkara itu berkata, pemimpin Pakatan Harapan terbabit mahu PAN dibubarkan kerana melihat PAN sebuah parti politik yang mencelarukan.
Jelas beliau, PAN dilihat sebagai sebuah parti politik yang celaru kerana baru-baru ini terdapat pemimpinnya mahu PAN bertanding di kerusi-kerusi parti sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Rakyat sekarang menjadi semakin keliru apabila seorang lagi pemimpin tertinggi PAN membuat kenyataan balas iaitu PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi PKR.
“Mungkin ia satu tindakan “damage control” tetapi terserlah kecelaruan yang wujud dalam kalangan kepimpinan tertinggi PAN. Oleh demikian, tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu PAN dibubarkan dan ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu pada tahun lalu kerana pro-DAP dan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAN kemudian menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.
PAS disingkirkan oleh PKR dan DAP kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, PKR masih menjalinkan kerjasama dengan PAS Selangor untuk memastikan negeri itu terus ditadbir oleh PKR.
– MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.