Thursday, December 22, 2016

Permis hotel dan resort Jamal beroperasi tanpa lesen disita, diroboh serta merta

DALIA ISMAIL

Sekin Hotel & Resort milik Datuk Seri Jamal Md Yunus disita MBSB kerana didapati tiada lesen beroperasi.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.

Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.

Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Datuk Seri Jamal Md YunusJamal ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima tahun lalu.

Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.

Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.

Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.

Jamal turut memaklumkan kerja meroboh premis perniagaannya oleh MDSB sedang dilakukan itu dakwanya atas arahan menteri besar.

"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.

Malah dakwa Jamal pula semua syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.

" Lesen sudah dimohon lima tahun. Semua syarat dan bayaran telah dibuat tetapi lesen tidak diberi oleh MDSB," ujarnya.

Pegawai MBSB ketika datang ke premis perniagaan Jamal untuk menyerahkan notis sita dan perobohan hari ini yang dilaksanakan serta merta.
Jentolak sudah merobohkan sebahagian kawasan pembinaan di tapak premis sehingga tengahari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-