Sunday, December 11, 2016

PM: Solidariti Umno utuh, pembangkang yang kucar-kacir

Bernama 
December 11, 2016

Beliau berkata pembangkang kini begitu terdesak dan berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang mencemburui solidariti kukuh yang diperlihatkan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas.

Beliau berkata pembangkang kini begitu terdesak dan berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.

“Mereka mencuba pelbagai cara dalam bidang kuasa mereka untuk memecahbelahkan kita. Tetapi mereka tidak kenal Umno dan kesetiaan ahlinya iaitu mereka yang berdiri di dalam senang mahupun susah bersama parti dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi.

“Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila mereka menyebarkan khabar angin dalam usaha untuk merosakkan hubungan rapat saya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu catatan di laman blog najibrazak.com, malam tadi.

Najib berkata pembangkang mungkin tersalah anggap perwatakan timbalan perdana menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti Umno yang didorong oleh kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan parti atau nasional.

“Saya gesa semua ahli parti Umno untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik kotor yang digunakan pihak lawan. Mereka mencemburui solidariti kukuh dalam Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-