Wednesday, December 28, 2016

'Saya faham apa Mahathir cuba sampaikan'

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
28 DISEMBER 2016
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
PUTRAJAYA - "Saya faham apa yang Tun Mahathir Mohamad cuba sampaikan," demikian kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berikutan dakwaan Mahathir mengatakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah rasuah.

Menurutnya, sebagai seorang tokoh politik, beliau risau dengan rakyat negara ini mudah terpengaruh dengam sogokan wang yang diterima dari kerajaan.

"Tun hanya cakap pendapatnya sahaja, dia risau sebab sudah jadi budaya pada masyarakat untuk mengundi orang yang bagi duit,"katanya ketika ditemui di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.

Tambahnya lagi, jika wang BR1M itu memang khas diberikan pada rakyat untuk membantu mereka maka ia memang satu bantuan.

"Kita kena lihat secara objektif, jika wang tersebut memang amal jariah yang ingin diberi pada rakyat, maka ia bukan rasuah.

"Namun, jika niat wang itu diberi supaya rakyat mengundi BN maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tun," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-