Wednesday, December 28, 2016

Sebab itu kami panggil mereka Pan

ATIRAH HASLI
28 DISEMBER 2016
Iskandar Abdul Samad
KUALA LUMPUR - Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen milik PKR dan Pas pada PRU14 membuktikan parti itu tidak mempunyai sifat amanah.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

“Sebab itu kami tidak panggil mereka (parti Amanah) dengan Amanah, kami panggil mereka Pan,” katanya sinis.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan.

Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.

Menurut Iskandar, sekiranya Amanah menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.

“Saya baca kenyataan semalam Amanah hendak bertanding 40 kerusi termasuk milik Pas dan PKR, dengan sendirinya menunjukkan sikap sebenar Amanah.

“Mereka bersama dalam Pakatan Harapan, tapi nak curi kerusi PKR. Ini bermakna benarlah segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang Amanah,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-