Saturday, December 3, 2016

Umno tak janji imbuhan seperti parti lain

ATIRAH HASLI
3 DISEMBER 2016




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan
KUALA LUMPUR - Perjalanan Umno selama 70 tahun hanyalah perjuangan penuh istiqamah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menurutnya, Umno tidak pernah menjanjikan imbuhan kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti itu.

Sebaliknya kata Sohaimi, Umno selama 70 tahun konsisten dengan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat.

"Kalau imbuhan dijadikan ukuran, maka jelaslah perjuangan mereka dalam pilihan raya hanyalah untuk merebut kepentingan peribadi.

"Kita jelas bahawa perjuangan kita dalam parti hanyalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Masuk dalam Umno bukan untuk imbuhan, sebaliknya untuk meneruskan perjuangan parti sejak 70 tahun dahulu. Mereka (parti pembangkang) berhak buat apa sahaja yang mereka mahu, biar rakyat yang menilai," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-