Friday, January 13, 2017

GST: "Gigit Sampai Tulang" rakyat, kata Aminolhuda

13 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Aminolhuda Hassan
Sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa menindas rakyat kerana gagal menilai sistem dan melaksanakan dasar GST sebaik mungkin seperti dijanjikan kepada rakyat, kata Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan.

Beliau mendakwa, sebahagian pemimpin kerajaan dalam kempen GST menabur janji cukai 6% yang dikenakan ke atas rakyat tidak membebankan, namun terbukti selepas lebih setahun GST dilaksanakan rakyat semakin terbeban dengan peningkatan berterusan harga barangan keperluan.

"Semasa kempen GST sedang rancak dijalankan kerajaan UMNO-BN mendakwa tujuan pelaksanaan GST untuk mengawal harga barang dan dapat menurunkan harga barang, kerana cukai sebelum guna pakai GST adalah 16%.

" Sudah tentu dengan menggunakan sistem GST yang hanya 6% akan menurunkan harga barang keperluan rakyat.

"Tetapi hakikatnya harga barangan keperluan rakyat semakin meningkat.

"Situasi ini menunjukkan kerajaan telah gagal dalam menilai sistem GST dan melaksanakan dasar GST yang menindas ini," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor mempersoalkan janji kerajaan yang sebelum ini memberi jaminan harga barang akan turun.

"Malah kerajaan Umno-BN tidak dapat mengawal kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015.

"Berdasarkan laporan kewangan kerajaan hasil kutipan GST bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27 bilion.

"Manakala pada tahun 2016 pula, kerajaan telah berjaya mengutip sebanyak RM38.5 bilion dengan sasaran kutipan bagi tahun 2017 sebanyak RM40 bilion.

"Selepas setahun setengah pelaksanaan GST, rakyat semakin menderita kerana sumber pendapatan mereka tidak bertambah tetapi yang bertambah pada hari ini adalah kenaikan harga barang dan cukai GST seolah-olah menggigit rakyat sehingga ke tulang," jelasnya.

Katanya lagi, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dakwanya lagi, tidak mempedulikan rintihan rakyat.

"Adakah dengan bantuan BR1M dapat mengatasi kemerosotan ekonomi gara-gara kegagalan urusan ekonomi oleh Datuk Seri Najib?

"Beliau dan keluarganya masih berbelanja mewah di dalam dan di luar negara. Pemimpin BN yang lain juga turut mencontohi jejak langkah pemimpin utama mereka!

"Sedangkan 'Rakyat digigit sehingga tulang'," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-