Saturday, January 14, 2017

Himpunan RUU355: Minta maaf.....Dataran Merdeka tak boleh - Tengku Adnan

 BY LUKMAN ABDULLAH
Dataran Merdeka tetap tidak dibenarkan sebagai lokasi Himpunan RUU355 yang hendak dianjurkan oleh PAS pada 18 Februari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi cadangan agar PAS mengadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya," katanya kepada wartawan di Putrajaya.

"Minta maaf ,itu keputusan kita dari awal,"katanya lagi.

Beliau menegaskan Stadium Titiwangsa tempat terbaik dan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun hadir.

Beliau berkata kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka.

DBKL sebelum ini pernah melarang pihak Bersih dan juga gerakan Baju Merah menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-