Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, January 11, 2017

Musuh-musuh Najib berguguran satu demi satu oleh diri sendiri dalam kandang sendiri

Musuh-musuh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berguguran satu demi satu dalam gelanggang partinya sendiri, Parti Peribumi, sama ada keluar parti atau digugurkan daripada jawatan.

Bermula dengan Khairuddin Abu Hassan, diikuti dengan bekas Senator Ezam Mohd Nor, kedua-dua bertindak keluar parti meskipun baharu menyertai beberapa bulan parti itu.

Nasib Anina Saaduddin lebih tragis, dia dipaksa memilih jalan supaya keluar parti apabila dimalukan dengan tuduhan ‘skandal seks’ dan jawatan Ketua Srikandi PPBM disingkirkan.

Gandingan Khairuddin dan Anina merupakan pendokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sabotaj dalaman untuk menjatuhkan Najib Razak ketika mereka masih berada dalam UMNO.

Namun, gandingan ‘pahlawan dan srikandi’ diperlekehkan oleh pimpinan tertinggi PPBM ketika mereka menyertai parti itu.
Ikutilah kupasan Mohd Haizal Yatiran, Perspektif Antarapos,mengupas persoalan kemelut Parti Peribumi