Tuesday, January 24, 2017

PAS penting kepada pembangkang jatuhkan BN, kata PPBM

by MT Webmaster
January 24, 2017
PPBM menggesa PAS membuat keputusan segera jika ingin bersama parti pembangkang lain sekali gus menyakinkan rakyat mereka mempunyai persefahaman.

(FMT) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui kekuatan PAS kepada gabungan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Menyedari hakikat itu, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor menggesa PAS segera membuat keputusan sama ada bersetuju menyertai pakatan pembangkang.

“Kita tengok apa yang Naib Pesiden PAS Datuk Idris Ahmad cakap, PAS masih meneruskan rundingan dengan PPBM, maknanya PAS masih terbuka dan kita harap beliau buat keputusan cepat.

“Mereka penting dalam gabungan tenaga pembangkang untuk menumbangkan lawan dan kalau PAS menganggap dirinya pembangkang maka sewajarnya mereka bersama, Pakatan Harapan dan PPBM,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Idris berkata PAS masih meneruskan perbincangan dengan PPBM berhubung kerjasama yang akan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, PAS hanya menolak DAP dan Amanah dalam membentuk kerjasama, namun masih menjalankan perbincangan dengan PPBM serta PKR.

Bagaimanapun, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tempoh untuk PAS berbincang dengan gabungan Pakatan Harapan sudah berakhir kerana masa yang diberi kepada parti Islam itu terlalu lama.

Mengulas lanjut, Kamarudin menyarankan semua parti pembangkag berhenti mengkritik sesama sendiri, sebaliknya bergabung tenaga menumbangkan BN.

“Kita sewajarnya menjimatkan tenaga, tumpukan tenaga untuk menumbangkan BN, sekali gus menyakinkan rakyat kita ada persefahaman bergabung tenaga untuk menghadapi musuh politik bersama iaitu BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-