Tuesday, January 3, 2017

PPBM tiada hala tuju kecuali jadi alat Mahathir

 BY WARTAWAN AGENDADAILY
Pendedahan di media sosial senarai 488 syarikat milik Tun Mahathir Mohamad dan empat anaknya mengejutkan netizen.

Rupa-rupanya yang Mahathir dakwa 'Selamatkan Malaysia' itu jangan-jangan bermakna selamatkan mereka anak beranak.

Serupa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin juga, yang dakwa Malaysia bakal bangkrap September 2015 tapi alih-alih yang diisytiharkan bangkrap di Singapura adalah anak beliau.

Semakin ramai yang mempersoalkan untuk apa Mahathir dan Muhyiddin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?

Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, PPBM tidak mampu bertahan lama dan hanya bergantung kepada parti pembangkang yang lain.

“Secara jelas berani saya katakan mereka hakikatnya tidak punyai idealisme yang jelas kemana haluan mahu dibawa kerana jelas yang dapat dikesani hanyalah seni politik berkisar pada dendam dan agenda peribadi,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Shaiful Hazizy, PPBM diserang kerana masyarakat umumnya sudah nampak mainan politik sebenar mereka yang hanya bertujuan mencapai kuasa dengan menggunakan apa jua cara.

Katanya, pendirian tidak konsisten pemimpin tertentu khasnya Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad yang dilihat menerima perjuangan DAP walaupun bersifat anti parti itu setelah beberapa puluhan tahun dan matlamat meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz selaku Perdana Menteri disifatkannya sindrom kemerosotan kuasa.

“Hakikatnya PPBM sebuah parti yang sarat dengan masalah, skandal sepertimana kes melibatkan Ainina, Ketua Armada Syed Sadiq yang heboh diviralkan dan skandal moral yang membelenggu presidennya sendiri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Malah diantara pengasas PPBM sendiri iaitu Datuk Seri Khairuddin (Abu Hassan) sendiri mencabar Muhyiddin untuk membersihkan namanya adalah bukti jelas bahawa PPBM berada didalam krisis yang cukup meruncing,” katanya lagi.

Terbaharu, katanya, tindakan Ezam Md. Noor yang mengumumkan keluar PPBM setelah difahamkan tidak mendapat jawatan yang dimintanya.

“Ini antara beberapa petanda dan contoh jelas bahawa PPBM bukan sahaja bercelaru malah sarat dengan pelbagai isu dan masalah dalaman,” katanya.

Menurut Shaiful Hazizy, masalah demi masalah yang wujud membuktikan control and command di dalam PPBM terlalu lemah dan lazimnya parti yang lemah sebegini tidak boleh diharapkan untuk mengemudi masyarakat, negara dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-