Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, January 27, 2017

Taubat dan tinggalkan DAP, kata PAS kepada Dr M

FMT Reporters

Parti seperti DAP menghalang usaha PAS menyelamatkan Malaysia, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.
PETALING JAYA: PAS akan memaafkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, lapor The Star Online.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki berkata partinya menjadi “mangsa” Dr Mahathir semasa beliau berkuasa.

Menurut beliau, peristiwa Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan dan penentangan terhadap Kanun Jenayah Syariah antara perkara yang digunakan Dr Mahathir untuk menekan PAS sebelum ini.

Katanya Dr Mahathir perlu bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, yang mensabotaj hubungan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Zuhdi berkata ketika Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyatukan hubungan antara kedua parti, Pengerusi PPBM pula terjerumus dalam cara DAP.

“Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua orang supaya menyelamatkan Malaysia melalui cara PAS – dengan kembali kepada cara Islam,” katanya, menurut laporan itu.

Tetapi DAP dan parti sepertinya menjadi penghalang kepada usaha PAS menyelamatkan Malaysia, katanya.

“Usaha untuk menebus Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya sekiranya DAP terlibat.”

Laporan itu mengatakan Dr Mahathir berkata PPBM terbuka kepada idea PAS menyertai pakatan pembangkang, walaupun beliau sebelum itu berkata partinya tidak perlu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.