Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, February 3, 2017

Annuar tiba di pejabat SPRM untuk beri keterangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 FEBRUARI 2017
Annuar tiba tepat jam 9 pagi tadi. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA - Tepat jam 9 pagi Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kerjasama disiasat suruhanjaya itu.

Annuar secara sukarela tampil ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior.

Seawal jam 7 pagi petugas media berkumpul di perkarangan bangunan untuk menunggu ketibaan Annuar

Beliau diarahkan cuti sementara sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, berkuatkuasa serta merta pada Selasa lalu.