Tuesday, February 28, 2017

Apa macam?.....Arab Saudi yang kaya minyak pun nak laksana GST.....dan macam BR1M - PM

 BY ROSLI ISMAIL

Di celah kesibukan berurusan lawatan negara Raja Salman dari Arab Saudi selama empat hari,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Isnin ‘curi masa’ untuk menghadiri majlis perasmian Residensi Kerinci dan Kenduri 1 Wilayah Persekutuan kawasan Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Majlis itu mempunyai makna yang besar bagi 472 keluarga bekas penghuni flet Kerinci di apabila kediaman usang yang dihuni mereka sejak tahun 1971, bertukar wajah dengan apartmen moden 'Residensi Kerinchi' yang bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit.

Rata-rata penghuni menitiskan air mata kegembiraan menerima rahmat kediaman baru mereka yang cukup selesa itu hasil usaha Barisan Nasional selepas penantian lebih enam tahun.

Pada majlis itu semasa ucapan beliau Najib berkongsi cerita mengenai apa yang menurut beliau usaha Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk mengagalkan projek berkenaan atas motif politik kerana tidak mahu nama BN naik.

Katanya Ahli Parlimen itu telah membawa projek itu ke mahkamah namun tidak berjaya dan akhirnya 35 orang penghuni yang terpengaruh dengannya terlepas peluang mendapat unit kediaman mereka.

“Yang jadi mangsa 35 orang yang ikut hasutan dia.Mereka kini menyesal dan tidak dapatlah diberi flet baru ini tetapi ada juga pertimbangan-pertimbangan lain,”katanya.

Oleh itu beliau menasihatkan rakyat tidka mudah temakan hasutan dan sebaliknya menilai baik buruknya.

“Ini bukan soal politiki tetapi kepentingan dan kebajikan rakyat,”katanya.

Perdana Menteri juga memberitahu semalam Ahad beliau berbual bersama beberapa orang menteri Arab Saudi yang menyertai lawatan Raja Salman.

Katanya mereka memberitahunya kerajaan Arab Saudi ada membuat beberapa langkah untuk membantu rakyatnya seperti BR1M yang dilaksana di Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi membuka akaun untuk rakyatnya yang berpendapatan rendah bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka.

“Jadi bila Dr Mahathir kata BR1M itu rasuah apa bezanya dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi…Arab Saudi beri bantuan dalam bentuk kewangan mereka tidak anggap itu rasuah.Kita buat kata rasuah.Inilah yang saya kata jangan ( main) politik sebab BR1M bukan rasuah.

“Kita tak kata dapat BR1M mesti sokong Barisan Nasional atau kita baggi hanya pada penyokong Barisan Nasional,”katanya.

Najib juga memberitahu kerajaan Arab Saudi akan perkenal GST tidak lama lagi.

“Maknanya kita ini bukanlah langkah salah.Kalau kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak pun perkenal GST maka tentu ada sebab munasabah diperkenalkan,”katanya.

Menurut Perdana Menteri harga minyak di Arab Saudi juga sudah naik 50 peratus.

“Kita ini sudah riuh rendah kalau naik 10-20 sen….ini untuk memaklumkan kepada rakyat janganlah mengelirukan kerana setiap langkah kerajaan adalah untuk kepentingan kita jangan pendek dan panjang,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-