Wednesday, February 1, 2017

PAS-Bersatu setuju bentuk jawatankuasa teknikal

BANGI, 4 Jamadilawal 1438H, Selasa – PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencapai persefahaman untuk bekerjasama, selepas mengadakan mesyuarat tertutup di ibu negara, hari ini.

Mesyuarat berkenaan diwakili oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua parti itu berkata, mesyuarat tersebut telah memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beberapa ketetapan positif diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

“Rangka kerjasama antara PAS dan Bersatu akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

“Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti,” kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-