Thursday, February 2, 2017

Pas mahu PPBM tinggalkan DAP, PAN jika mahu kerjasama

by MT Webmaster

(KLX) – Dewan Ulama PAS semalam menegaskan, syarat kerjasama antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.

Menurut Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, PAS tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.

“Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya.

Sementara itu, PAS dan PPBM dan akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk di sini hari ini bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara Pas dan PPBM.

“Rangka kerjasama antara ke­dua-dua parti ini akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi Pas dan PPBM untuk ditandatangani oleh Presiden masing-masing pada satu tarikh terdekat,” kata kenyataan yang sama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-