Tuesday, March 7, 2017

Dakwaan kalah pertandingan 'tiga penjuru' ditolak

Oleh Wartawan BO
Oleh : ZM

KUALA NERUS – Dakwaan pihak pembangkang bersekutu dengan DAP yang menganggap, PAS akan kalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, disanggah.

Sebaliknya Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Dr. Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata, PAS akan rugi sekiranya berlaku satu lawan satu antara parti pembangkang lawan parti kerajaan.

“satu lawan satu parti PAS akan rugi, tapi kalu satu lawan tiga penjuru, atau banyak penjuru yang paling untung ialah PAS,”ujarnya
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Urusan Ulama PAS Kuala Nerus Kali Ke-15 di sini pada Jumaat 3 Mac.

Jelasnya, DAP memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu adalah kerana ketika itu parti itu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menjangka, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, PKR dan PAN akan kalah teruk.

“(saya jangka) parti paling teruk kalah bila lawan banyak penjuru ialah parti PKR dan PAN. Sebab itulah PAN nak sangat bersama dengan PAS, “mengapa ia duk panggil sangat PAS (untuk bersama)? sebab ia nak bertanding banyak kerusi,” jelasnya.
Beliau menambah, banyak kerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti itu akan hilang ‘deposit’ tanpa PAS bersama mereka.

Justeru itu, pada masa yang sama, beliau yakin sekiranya berlaku pertandingan lebih dari dua penjuru PAS akan memperolehi lebih banyak kerusi daripada yang diraih pada pilihan raya umum kali ketiga belas lalu.

Turut hadir dan berucap ialah, Ahli Dewan Undanagn Negeri (Bukit Tunggal0 Dr Alias Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-