Tuesday, March 14, 2017

DAP Sarawak gesa henti ambil guru agama dari Semenanjung

KUCHING, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Parti rasis dan cauvinis DAP sekali lagi masuk campur dalam urusan umat Islam apabila mempertikaikan pengambilan guru agama dari Semenanjung Malaysia ke negeri itu.

Dalam surat bertarikh 3 Februari, Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, Jabatan Pelajaran negeri dengan persetujuan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Fatimah Abdullah dan kerajaan BN negeri telah meminta 433 guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di negeri ini.

Chong berkata, alasan yang diberikan untuk mengimport guru-guru Islam adalah kerana terdapat kekurangan guru itu di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ini bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli gangguan keharmonian kaum di negeri ini.

Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa, turut berasa takut guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia itu akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan menyebabkan lagi pengasingan kaum.

Beliau turut tidak berpuas hati apabila kerajaan menolak permohonan guru agama Islam di Sarawak tetapi membenarkan guru-guru agama Islam Malaysia Semenanjung untuk mengajar di negeri ini.

“Adalah mustahil apabila 10 peratus daripada mereka yang memohon tidak layak menjadi guru agama Islam. Guru agama Islam di Sarawak takkan lah begitu teruk,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika ia adalah sistem atau polisi yang melarang pengambilan walaupun 10 peratus daripada pemohon ini, sebagai kerajaan, BN perlu mengubah sistem atau dasar prejudis tersebut.

“Kami juga menggesa kerajaan memberi pertimbangan selanjutnya kepada 4,438 pemohon yang telah memohon untuk Jais (seperti yang ditunjukkan oleh Fatimah) berdasarkan kelayakan akademik mereka yang sebenarnya tidak pada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-