Sunday, March 19, 2017

Demo protes Konvensyen Warga Felda di bangunan SUK Selangor

Mohamad Fadli
March 19, 2017

Seramai 50 warga Felda berkumpul di hadapan bangunan SUK Selangor dan membawa plakad membantah penganjuran konvensyen itu.
Kredit Photo: FB Amizar Abu Adam
SHAH ALAM: Sekumpulan warga Felda hari ini berkumpul di hadapan bangunan SUK Selangor di sini pagi ini bagi membantah Konvensyen Warga Felda anjuran Pakatan Harapan.

Aktivis dari Felda Chemomoi, Datuk Amizar Abu Adam mendakwa pihaknya tidak bersetuju dengan penganjuran konvensyen tersebut kerana ia bertujuan menghentam pengurusan Felda.

Amizar mempersoalkan penganjuran konvensyen itu yang dilihat lebih ke arah menghentam pengurusan Felda.

“Rata-rata warga Felda tidak bersetuju dengan konvensyen ini kerana tidak mendapat penjelasan yang jelas.

“Zaman ibu bapa kami susah apa yang mereka lakukan? Hanya melihat sahaja, hari ini pula mahu buat sokongn kepada warga Felda dan mereka tahu Felda ini adalah kekuatan orang Melayu,” kata beliau.

Seramai 50 warga Felda berkumpul di hadapan bangunan SUK Selangor dan membawa plakad membantah penganjuran konvensyen itu seperti ‘Kita Sayang Felda’, dan ‘Mazlan menipu orang Felda’.

Katanya, pihak penganjur hanya menggunakan nama anak-anak Felda tetapi kebanyakan mereka tidak menyokong penganjuran konvensyen itu.

“Kenapa kita nak hentam Felda kerana Felda yang terbaik?

“Mereka menggunakan nama anak-anak Felda tetapi kami warganya tidak mengiktiraf dan menyokong konvensyen ini kerana setiap kami dari cawangan sampai ke peringkat atas ada pengurusan yang baik,” katanya.

Tambahnya, kehadiran aktivis Felda membantah konvensyen itu sebagai isyarat kepada Pakatan Harapan supaya jangan mempamerkan retorik politik.

“Jangan bercakap dan membuat fitnah kerana ada pengurusan yang sudah cukup jelas dan jitu di bawah kepimpinan yang baru.

“Kalau ada salah kita perbetulkan dengan jalan yang baik bukan dengan fitnah bukan nak menjatuhkan Felda,” katanya.

Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan Pakatan Harapan dihadiri beberapa pemimpin tertinggi mereka seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli.

Minggu lalu, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tindakan Pakatan Harapan menganjurkan konvensyen hari ini hanya bermotifkan agenda politik yang ingin menghasut rakyat, khususnya peneroka bagi membenci kerajaan.

Beliau berkata, pihak berkenaan seharusnya tidak perlu merumitkan keadaan sebaliknya membantu menyelesaikan masalah yang sedia wujud.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-