Saturday, March 4, 2017

Penang Institute sarang penyebar Islam Liberal

 AIDCNEWS
AIDCNews – 03/03/17 – Penang Institute bakal menjemput aktivis liberal Singapura Dr Azhar Ibrahim Alwee untuk memberi ucap utama dalam forum itu.

Dr Azhar telah dikenal pasti sebagai penggerak Islam Liberal nusantara dalam kumpulan The Reading Group sebaris dengan penggerak Jaringan Islam Liberal Indonesia Ulil-Abshar Abdalla dan Lutfhi Assyaukanie.

Moderator forum itu ialah Dr. Mustafa Kamal Anuar yang merupakan Ketua Bahagian Kajian Nusantara, Penang Institute.

Dalam kenyataan media bertajuk “Islam Liberalism and Illuminati” Dr. Mustafa mengakui Penang Institute telah memperkasakan misi badannya dengan menjemput tokoh-tokoh liberal dari seluruh dunia.

Mereka termasuklah Prof Tariq Ramadan, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Syed Farid Al-atas, Dr Anas at-Tikriti, Ahmed Keeler, Dr Chandra Muzaffar, Prof James Piscatori, Dr Maszlee Malik, Dr Nader Hashemi, Mustafa Akyol, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Dr Azhar Ibrahim.

Baru-baru ini, DC Leak mendedahkan Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros telah menyalurkan dana kepada Penang Institute.

Selain itu, dana OSF turut disalurkan kepada beberapa pertubuhan awam tempatan termasuk BERSIH, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Namun, perkara itu dinafikan Pengarah Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari.

Kemudian, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff turut mendakwa Penang Institute merupakan sarang yang menyebarkan Islam liberal di negeri itu.

Sekali lagi Zairil bersama Exco dari PKR yang menjaga Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim menafikannya.

“Penang Institute bukan badan agama yang mempromosikan agama atau mazhab.

“Institut hanya menyediakan wadah untuk rakyat membincangkan topik ‘maqasid syariah’. Dalam Islam, nilai-nilai agama juga terdapat dalam perkara seperti tadbir urus dan keadilan.

“Saya tak faham apa yang Fauzi cuba sampaikan. Saya rasa ada motif politik di sebalik dakwaannya,” kata Zairil dalam kenyataannya.

Ironinya, Penang Institute walaupun menafikan menyebarkan Islam Liberal, namun sering bekerjasama dengan badan-badan yang sudah dikenal pasti penyebar agenda liberal antaranya, Islamic Renaissance Front (IRF), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan G25
“Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Datuk Latifah Merican Cheong (G25), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim (Penasihat G25), Datuk Saifuddin Abdullah (PKR/ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan), Lim Guan Eng (DAP/Ketua Menteri), Zairil Khir Johari, (DAP/Pengarah Eksekutif Penang Institute), Dato’ Abdul Malik Kassim (PKR/Exco Agama Islam kerajaan negeri), Dr. Afif Bahardin (PKR/Exco Pertanian kerajaan negeri), Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin (jurucakap G25), dan Dato’ Dr Anwar Fazal (G25/ Perancang Interfaith Council-IFC)

Sebelum ini, Muhammad Fauzi dalam pendedahannya menyebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan PAS telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355.

Beliau turut mendedahkan campur tangan kerajaan negeri dalam proses fatwa dan peranan Penang Institute dalam menyebarkan Islam Liberal.

Antara kenyataan Muhammad Fauzi adalah seperti berikut :

4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI PULAU PINANG

4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato’ Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

4.3 Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah ‘dibekukan’ oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE

6.1 DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut di bawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

6.2 Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

6.3 Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah Masjid dan Surau di seluruh negeri Pulau Pinang sekali gus menggambarkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak kariah masjid dan surau yang membantah fahaman ini.








Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ ?

Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ II ?

Forum Tajaan Badan Pemikir DAP Tolak Negara Islam, Penguatkuasaan Syariah & Larangan Murtad

Penang Institute Sebarkan Racun Rosakkan Islam – PAS Pulau Pinang

Pelaburan Dana Penang Institute Gerakkan Kebangkitan Liberalisme Di Malaysia

Berjayakah DAP Bawa Ideologi Islam Demokrasi Indonesia Ke Malaysia ?

DAP Sebar Islam Liberal Di Masjid – PAS Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-