Saturday, March 25, 2017

Pindaan Akta 164, mencabar aqidah Islam: Nasrudin

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
25 MAC 2017
SHAH ALAM - Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

"Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Nasrudin berkata demikian bagi mengulas mengenai proses Pindaan RUU ini yang akan mengambil tempat dalam perbahasan di Parlimen.

Terdahulu, pindaan ini akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti.

"Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi," katanya.

Tegasnya isu pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

"Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-