Friday, March 17, 2017

Politik Terengganu kembali panas, ribuan sambut kedatangan Tun Mahathir

17 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE

Dr Mahathir disambut oleh orang ramai ketika datang berceramah di Ajil, Terengganu malam tadi.

Politik Terengganu yang sejuk sejak beberapa tahun ini menjadi panas malam tadi apabila ribuan turun untuk menyertai ceramah politik yang dianjurkan oleh Bersatu di Ajil, Hulu Terengganu malam tadi.

Orang ramai memenuhi padang tempat ceramah itu bagi mengikuti ucapan para pemimpin Bersatu yang menampilkan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden Tan Sri Muhyidin Yassin.

Ini adalah program besar pertama yang dianjurkan Bersatu di Terengganu.
Orang ramai memenuhi ceramah Tun Mahathir ketika politik Terengganu sejuk dan tidak ada harapan untuk kalahkan BN. Ketika sampai di lapangan terbang lagi, Tun Mahathir sudah berkata, negeri Terengganu akan menjadi sasaran partinya dalam pilihan raya umum nanti.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak semua pemimpin Umno yang ada di negeri itu agar meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.

"Semua bekas pemimpin Umno keluarlah dari Umno...kerana Umno telah jadi pagar yang makan padi dan dedak," kata Tun Mahathir dengan disambut tepukan gemuroh orang ramai yang hadir.

Turut bersama di pentas adalah Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Baharin Shah yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.

Muhyidin yang turut berucap di majlis itu berkata, angin perubahan makin kuat bertiup di negara ini termasuk di Terengganu.

"Ini kerana dalam keadaan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup..pemimpin Umno terus merompak dan mengadaikan harta negara.

"Ini adalah masa yang terbaik bagi ahli Umno dan penyokong BN bersama gerakan rakyat menumbangkan kerajaan yang korup dan zalim ini," kata beliau dalam majlis itu.

Sebelum menyertai ceramah itu, Muhyidin bersama timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melawat pasar malam Pak Tuyu di Kuala Nerus yang terletak di kejiranan pelbagai pusat pengajian tinggi.

Orang ramai khasnya remaja berebut-rebut untuk bergambar dengan mereka.
Orang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Muhyidin dan Mukhriz ketika mereka turun ke sebuah pasar malam di Terengganu petang semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-