Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Menteri bukan beragama Islam wajar meletakkan jawatan bagi menunjukkan bantahan mereka jika usul yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diluluskan.
“Jika 15 Menteri bukan daripada UMNO (bukan Islam) meletakkan jawatan maka krisis Perlembagaan boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
RUU355 dibentangkan oleh Presiden PAS bertujuan meminda Akta 355 sekali gus mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah di negara ini termasuk mereka yang berzina dan minum arak.
Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP mendakwa RUU355 taktik halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang bersifat kuno, zalim, menindas dan bias, manakala PKR dan PAN mendakwa RUU355 menimbulkan kebimbangan bukan Islam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut membantah usaha PAS tersebut kerana mendakwa Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina jika mereka melakukan perbuatan itu secara sembunyi atau dalam rumah yang berkunci.
Wartawan Watan-Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.