Saturday, April 22, 2017

Jangan keluar kenyataan sembarangan!

NOOR AZURA SAHRIL
22 APRIL 2017
Nasrudin
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan membidas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa negara ini tidak memerlukan pendakwah dan ulama Islam, Dr Zakir Naik.

Beliau berkata, Dr Zakir adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama, dan sangat dihormati oleh ulama Islam, malah umat Islam di seluruh dunia.

“Justeru, saya menasihatkan Subramaniam supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, sebagai menteri, Subramaniam tentulah mengetahui dan memahami tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini.

“Sebagai seorang yang menjawat Menteri Kesihatan, bukan bidang kuasa beliau untuk campur tangan dalam urusan ini,” katanya.

Nasrudin berkata, taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing itu, antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara sedia ada.

“Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah, dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

“Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan lain-lain.

“Mengaitkan Dr Zakir dengan keganasan dan pencetus ketega-ngan antara agama adalah tuduhan dan andaian yang bukan-bukan oleh Subramaniam,” katanya.

Subramaniam dalam ucapan terakhir pada Dialog Transformasi Negara (TN50) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis lalu berkata, pendakwah Islam itu tidak diperlukan di negara ini kerana sumbangannya memajukan Islam tidak menguntungkan Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata demikian susulan kebimbangan belia India yang menyuarakan kemarahan terhadap kehadiran Dr Zakir di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-